Pada
24 Oktober 2014, SMKA SHAMS telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pelajar untuk para
pemimpin pelajar bagi sesi 2014/2015. Program ini berlangsung selama 2 hari 1
malam bertempat di Dewan Ibnu Khathir,SHAMS. Progam ini disertai oleh barisan
Ketua Pelajar, Pengawas Pusat Sumber Sekolah(PSS), Pembimbing Rakan
Sebaya(PRS), serta Ahli Lembaga Koperasi. Program ini turut dihadiri
oleh guru-guru yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan kepada para peserta seperti Pengetua cemerlang SMKA SHAMS,
Pn Hjh Lailawati binti Ahmad, Pn Nor Azmah binti Abdul Hamid, Ustazah Masyitoh
binti Yaakob serta guru-guru lain.
Antara
matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan kepimpinan contoh
berteraskan Rasulullah S.A.W, Al-Quran
dan As Sunnah, menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan gaya kepimpinan,
memberi panduan serta bimbingan berkaitan cara untuk memimpin sesebuah kumpulan
dengan berkesan, cara-cara mengawal situasi dengan baik, serta menanamkan nilai
tanggungjawab terhadap para pemimpin.
Program
ini disampaikan oleh En. Zuhairi bin Nopiah selaku peceramah yang didatangkan
khas oleh pihak sekolah. Beliau dikenali oleh buku yang diterbitkan oleh beliau
iaitu Law of Universal Attraction serta beberapa kursus intensetif LUA.
No comments:
Post a Comment