Social Icons

facebookgoogle plusemailcontact us

Sunday, 2 November 2014

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2014!

Semua warga sekolah SMKA SHAMS ingin mengucapkan selamat menduduk peperiksaan SPM 2014 bagi semua pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan bermula pada hari esok, 3 November 2014.

Diharapkan agar semua pelajar tingkatan 5 dapat melakukannya sehabis baik dan seterusnya mengharumkan lagi nama sekolah disamping memartabatkan diri, bangsa, agama dan negara. Segulung penghargaan yang tidak terkira juga harus diberikan kepada tenaga pendidik yang telah bertungkus lumus untuk memastikan anak didik mereka dapat berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

Pelbagai harapan dan amanat telah disampai, kini tiba masa untuk semua pelajar tingkatan 5 merealisasikannya. Kami, Majlis Ketua Pelajar SMKA SHAMS, bagi pihak semua pelajar SMKA SHAMS ingin mengucapkan selamat berjaya menempuhi SPM pada kali ini dan mendoakan agar semua calon dapat melakukan yang terbaik dan membawa pulang keputusan yang cemerlang.

Amin.



Tuesday, 28 October 2014

Kem Kepimpinan Pelajar Sesi 2014/2015

Pada 24 Oktober 2014, SMKA SHAMS telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pelajar untuk para pemimpin pelajar bagi sesi 2014/2015. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Dewan Ibnu Khathir,SHAMS. Progam ini disertai oleh barisan Ketua Pelajar, Pengawas Pusat Sumber Sekolah(PSS), Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), serta Ahli Lembaga Koperasi. Program ini turut dihadiri oleh  guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada para peserta seperti Pengetua cemerlang SMKA SHAMS, Pn Hjh Lailawati binti Ahmad, Pn Nor Azmah binti Abdul Hamid, Ustazah Masyitoh binti Yaakob serta guru-guru lain.

Antara matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan kepimpinan contoh berteraskan Rasulullah S.A.W,  Al-Quran dan As Sunnah, menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan gaya kepimpinan, memberi panduan serta bimbingan berkaitan cara untuk memimpin sesebuah kumpulan dengan berkesan, cara-cara mengawal situasi dengan baik, serta menanamkan nilai tanggungjawab terhadap para pemimpin.

Program ini disampaikan oleh En. Zuhairi bin Nopiah selaku peceramah yang didatangkan khas oleh pihak sekolah. Beliau dikenali oleh buku yang diterbitkan oleh beliau iaitu Law of Universal Attraction serta beberapa kursus intensetif LUA.  

Program ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Diharapkan program ini dapat melahirkan pemimpin yang diharapkan oleh pihak sekolah serta para peserta dapat mengambil manfaat yang telah diadakan oleh pihak Sekolah agar dapat menjadi contoh kepada para pelajar yang lain. Kerjasama diantara para peserta, pihak Sekolah, guru-guru serta penceramah merupakan intipati kejayaan program ini.



Peserta program berseronok dan sempat bergambar bersama Ateh Zuhairi.

Total Pageviews